pada suatu hari tu wan gayah telah menalipon isteri, bertanyakan samada yang aku sekeluarga akan pulang ke teratak atau tidak. wan gayah nak keringkan kolam ikan nyer, utk di tukar dgn ikan yg baru. aku dan keluarga ape lagi.. 'pucuk di cita ulam mendatang'.. saksikanlah aksi kami 'mengoca' kata org neghori.. 'mengagau' kata org utara
anak2 yg tak sabar mula turun ke kolam setiba dari kl.. ini adalah pengalaman pertama mereka mengoca kolam
abg berahim ni bukan saje pakar wiring tapi pakar menjala jugak, tanpa perlu masuk ke kolam dah dapat 7 ke 10 ekor talapia dgn sekali tebar..
amar (yg badan nampak bersih tu) turut turun dari kl, merasai keseronokan menangkap ikan dan mandi lumpur
ni nak tangkap ikan ke nak 'berkubang'.. aksi anak2 bila dah masuk ke kolam
danial dan danish bertindak selaku host pada pada member mereka
aaa.. mandi lumpur, kelihatan iwan berlumpur penuh dikepala
berbincang mengatur strategi macamana nak dapat ikan yg banyak
aku dgn gaya tersendiri bersedia utk melemparkan 'jeramak'. jeramak adalah peralatan tangkapan ikan ia diketagorikan adik kepada jala sbb ia kecil sedikit.
adam yg juga turun utk mengoca.. menunjukkan lambang peace utk kedamaian..
iwan, danish & anak ajoi (tak ingat nama) berehat seketika sebelum meneruskan pengochaan..
jermak bertuah ni bnyk menghasilkan tangkapan.. semasa di zaman persekolahan dulu aku selalu ikut arwah wan pergi mengoca di sungai dan belajar menggunakan jeramak.
suasana keseluruhan di dalam kolam
macam dapat jer si danial ni, silap2 bukan ikan tapi ular
aaa.. tengok dapat talapia merah..
kelihatan keluarga ajoi dan shah memerhati gelagat anak masing dari tepi kolam
inilah wajah wan tam yg selalu aku selalu sebut2kan tu, beliau adalah kakak kepada wan gayah
aaa.. ini wan gayah, tuan punya kolam
mesti letih ni.. dah berkumpul di tepi jer..
sebahagian ikan yg berjaya ditangkap, haruan dan sembilang agak sukar sebab kolam tak dapat dikeringkan sepenuhnya.
aksi tersendiri..
ikan tak dapat takper janji gaya mesti ada..
mana la ikan ni, asyik2 dapat lumpur jer.. boring.. boring..
aaa.. ni memang boleh duduk kampung.. walaupun jeramak tak berapa kembang ketika dilemparkan tapi hasilnye, lepas utk kenduri doa selamat..
cara danish ni macam nak kutip remis di pantai merdeka jer..
part paling boring.. menyiang ikan, kalau tak biasa boleh luka tangan. ikan2 yg ditangkap dijadikan sebahagian dari menu kenduri doa selamat di teratak..
No comments:
Post a Comment