Wednesday 9 May 2012

minggu 16 & 18 - lulu & keajaiban


setelah dua minggu tak pulang ke teratak, kami terkejut mendapati lulu dah meningkat remaja, keseluruhan badan nyer dah menjadi putih.

cuma ada sedikit lagi bulu halus yang kelihatan dileher dan belakang badan nyer

lulu bertambah comel, dgn badan nyer yg berwarna putih bersih tu membuat semua ingin membelainye


rambut pun dia suka utk 'menyudu' mungkin dia ingat rumput berwarna hitam

kelihatan jambul yg masih ada
bunga durian didapati di hadapan teratak, kalau ada rezeki merasalah..


gambaran dekat lulu dari pandangan sisi


sekarang sudah jelas, ekor lulu ada warna kelabu


sedang kami sibuk melayan lulu, seekor rama-rama hinggap di dahi aku. aku suruh aisyah merakam detik2 ajaib ini..


aisyah cuba dapatkan gambaran lebih dekat lagi.


rama2 tersebut terbang dan hinggap dijari, perlahan2 aku dekatkan ke muka utk satu tangkapan


aku cuba bagi satu ciuman, manalah tahu boleh bertukar jadi puteri raja tapi tak berjaya


aku ajak adam dan danish membersihkan daun2 kering di belakang teratak


melepaskan lelah setelah penat mengemas.


tak boleh nak rehat sikit, lulu akan menghampiri dan 'menyudu' baju


geram sangat, aku tangkap dan suruh danish ambilkan satu tangkapan utk kenangan 


minggu ni aku petik kelapa muda kat depan teratak, sebelum tupai dan beruk mengerjakannya


kalau ada gula merah lagi 'ummmph' ni


laaaaa... ada lagi 'mamat' ni, kali ni dah makin dekat ngan rumah.

pada minggu ke 18 aku balik ke teratak bulu halus dileher dan badan lulu tak kelihatan lagi















Monday 16 April 2012

majlis doa selamat

pada 4.2.2011 aku telah mengadakan majlis doa selamat di teratak yang telah lama dirancangkan dan  bertepatan selesai nyer fasa kedua pembesaran rumah. oleh kerana kami masih baru di kawasan tersebut aku mewakilkan wan gayah utk menjemput jiran2 terdekat ke majlis. dibawah sebahagian dari majlis tersebut..

aku menyewa kemah, kerusi & meja dari anak wan gayah yg menyediakan perkidmatan tersebut.  kelihatan wan gayah melayani tetamu yg paling awal ke teratak

pandangan dari sudut sebelah lereng bukit

aku tak tempah catering, wife ingat nak masak sendiri tetapi jiran2 volenteer nak masak, maklumlah masih dalam kawasan kampung..

aku menjemput imam 1 dan 2 ke majlis tersebut.. alhamdulilah kedua2 nyer dapat hadir

pakcik nasir, ajoi dan pakcik sebelah juga turut kelihatan.

selesai doa selamat dan tahlil, tetamu menjamu selera di bawah kemah yg disediakan. biasalah.. kalau majlis kenduri mesti ada buah tangan utk di bawa pulang..

kaum muslimat yg hadir pun dibekalkan cenderahati..

kak normah anak beranak..

group penanggah juga tak melepaskan peluang.. 

nabila yg secara paksarela turun ke teratak utk majlis tersebut

awang kenit 2 orang ni biasalah bergaya jer.. mungkin sebagai penyambut tetamu kot..

berbual kosong dgn saudara ajoi selepas majlis..

Friday 13 April 2012

kenangan 'mengocha' di kolam wan gayah

pada suatu hari tu wan gayah telah menalipon isteri, bertanyakan samada yang aku sekeluarga akan pulang ke teratak atau tidak. wan gayah nak keringkan kolam ikan nyer, utk di tukar dgn ikan yg baru. aku dan keluarga ape lagi.. 'pucuk di cita ulam mendatang'.. saksikanlah aksi kami 'mengoca' kata org neghori.. 'mengagau' kata org utara

anak2 yg tak sabar mula turun ke kolam setiba dari kl.. ini adalah pengalaman pertama mereka mengoca kolam

abg berahim ni bukan saje pakar wiring tapi pakar menjala jugak, tanpa perlu masuk ke kolam dah dapat 7 ke 10 ekor talapia dgn sekali tebar..

amar (yg badan nampak bersih tu) turut turun dari kl, merasai keseronokan menangkap ikan dan mandi lumpur 

ni nak tangkap ikan ke nak 'berkubang'.. aksi anak2 bila dah masuk ke kolam

danial dan danish bertindak selaku host pada pada member mereka

aaa.. mandi lumpur, kelihatan iwan berlumpur penuh dikepala

berbincang mengatur strategi macamana nak dapat ikan yg banyak

aku dgn gaya tersendiri bersedia utk melemparkan 'jeramak'. jeramak adalah peralatan tangkapan ikan ia diketagorikan adik kepada jala sbb ia kecil sedikit.

adam yg juga turun utk mengoca.. menunjukkan lambang peace utk kedamaian..

iwan, danish & anak ajoi (tak ingat nama) berehat seketika sebelum meneruskan pengochaan..

jermak bertuah ni bnyk menghasilkan tangkapan.. semasa di zaman persekolahan dulu aku selalu ikut arwah wan pergi mengoca di sungai dan belajar menggunakan jeramak.

suasana keseluruhan di dalam kolam

macam dapat jer si danial ni, silap2 bukan ikan tapi ular

aaa.. tengok dapat talapia merah..

kelihatan keluarga ajoi dan shah memerhati gelagat anak masing dari tepi kolam

inilah wajah wan tam yg selalu aku selalu sebut2kan tu, beliau adalah kakak kepada wan gayah

aaa.. ini wan gayah, tuan punya kolam

mesti letih ni.. dah berkumpul di tepi jer..


sebahagian ikan yg berjaya ditangkap, haruan dan sembilang agak sukar sebab kolam tak dapat dikeringkan sepenuhnya.

aksi tersendiri..

ikan tak dapat takper janji gaya mesti ada..

mana la ikan ni, asyik2 dapat lumpur jer.. boring.. boring..

aaa.. ni memang boleh duduk kampung.. walaupun jeramak tak berapa kembang ketika dilemparkan tapi hasilnye, lepas utk kenduri doa selamat..

cara danish ni macam nak kutip remis di pantai merdeka jer..

part paling boring.. menyiang ikan, kalau tak biasa boleh luka tangan. ikan2 yg ditangkap dijadikan sebahagian dari menu kenduri doa selamat di teratak..