Monday 16 April 2012

majlis doa selamat

pada 4.2.2011 aku telah mengadakan majlis doa selamat di teratak yang telah lama dirancangkan dan  bertepatan selesai nyer fasa kedua pembesaran rumah. oleh kerana kami masih baru di kawasan tersebut aku mewakilkan wan gayah utk menjemput jiran2 terdekat ke majlis. dibawah sebahagian dari majlis tersebut..

aku menyewa kemah, kerusi & meja dari anak wan gayah yg menyediakan perkidmatan tersebut.  kelihatan wan gayah melayani tetamu yg paling awal ke teratak

pandangan dari sudut sebelah lereng bukit

aku tak tempah catering, wife ingat nak masak sendiri tetapi jiran2 volenteer nak masak, maklumlah masih dalam kawasan kampung..

aku menjemput imam 1 dan 2 ke majlis tersebut.. alhamdulilah kedua2 nyer dapat hadir

pakcik nasir, ajoi dan pakcik sebelah juga turut kelihatan.

selesai doa selamat dan tahlil, tetamu menjamu selera di bawah kemah yg disediakan. biasalah.. kalau majlis kenduri mesti ada buah tangan utk di bawa pulang..

kaum muslimat yg hadir pun dibekalkan cenderahati..

kak normah anak beranak..

group penanggah juga tak melepaskan peluang.. 

nabila yg secara paksarela turun ke teratak utk majlis tersebut

awang kenit 2 orang ni biasalah bergaya jer.. mungkin sebagai penyambut tetamu kot..

berbual kosong dgn saudara ajoi selepas majlis..

No comments:

Post a Comment