Sunday 25 March 2012

atv


aaa... ni lah atv yg aku cakapkan tu, nampak garangkan.. 150cc beb, setakat kalau kecuraman bukit 45 deg takder masalah. dia ni mcm mpv gak boleh angkut mcm2 barang. kalau musim buah memang berguna sungguh.

boleh digunakan di waktu malam takder masalah,

 saudara jeff dan anaknyer mencuba atv..

pandangan dari sisi depan dgn atv..

 saudara fendi 'alai' juga mencuba atv..

lengkap dgn ber'helmet' utk tunggangan 'extream'

saje jer nak posing..

asyik gambar parking jer.. mana aksi2 lasak.. tungguuuuu...

bersedia untuk aksi lasak..

melepasi kebun ubi dan pokok rambutan di belakang rumah

reban rumie dan lala sekeluarga menjadi tempat laluan lasak atv..

aksi mendebarkan mendaki lereng bukit di belakang rumah.. oleh kerana dah janji nak masukkan gambar aksi lasak

laluan di dalam kebun ubi..


Tuesday 20 March 2012

'lulu' si cilik


inilah 'lulu' seekor anak angsa putih tunggal, berusia dalam 3 minggu.. 'cute', manja & aktif

dia seekor saje yg berjaya ditetaskan, so aku mengambil alih peranan kedua ibubapa nyer utk sementara, sebelum sampai waktu diserahkan semula. tu yg nampak mcm 'lonely' jer

bila balik hujung minggu aku lepaskan dari 'anggrek villa' nyer.. merdeka! tapi dgn kawalan sbb musuh2 nyer menunggu peluang..

boleh lihat beberapa pergerakkan.. 'straching' sebelum mencari makanan, kau orang mesti terkejut yg angsa juga memakan rumput.. mcm kambing la pulak.

kau lihatlah sendiri bertapa jinak nyer si lulu ni..

anak2 aku bermain badminton pun dia 'nakkk joinnn' sama..

mereka memberi kasih sayang yg tak berbelah bagi..

'anggrek villa'..yg dimaksudkan

adam dan lulu mempunyai 'chemistry' yg sama dihadapan 'anggrek villa' nyer..

ecah & adam dgn pose istimewa..

 
aaa... ni la bapa 'lulu' (ibu tiada dlm gambar). mereka pertikaikan aku yg ni bukan bapa lulu, sbb bapa & ibu nyer putih. tapi aku ada alasan kuat yg ini bapa lulu sbb badan lulu ada juga warna kelabu..! 

inilah keluarga besar lulu, empat ekor semua nyer.. 2 jantan 2 betina - sepasang kelabu tu bernama rumie & julie dan sepasang lagi yg berwarna putih tu pula lala & loloq

lulu semakin membesar.. tiba masa aku bawa dia turun ke kolam yg menjadi fitrah nye. hari pertama dalam masa aku berkira2 sama ada lulu boleh berenang ke tak.. dia pun menunjuk mcm 'fifty-fifty' jer, tengoklah gelagat nye tu..

satu pose istimewa sebelum masuk ke kolam

aaaa... berkat kesabaran dan risiko yg diambil, berjaya juga akhirnya

keluarga nyer turut meraikan hari pertama lulu ke kolam..

tiada dalam gambar ialah julie (pasangan rumie - kelabu), baru seminggu 'mengeram'kan telur nya.. nampak nyer keluarga lulu bertambah besar..

dalam perjalanan pulang ke anggrek villa nyer setelah selesai sessi berenang dan 'bersiram..'

satu lagi pose utk peminat2 nyer..

eeemmmmm.... yg ni aku pun dah tak tau nak ceritekan..


Thursday 15 March 2012

'lunch'


menu yang menjadi kemestian.. ikan bakar, petang sebelumnyer kite pancing dari kolam pakcik sebelah. aku dah buat MOU dgn pakcik, tetamu yg datang ke kasihabadi boleh memancing dgn dikenakan sedikit bayaran..

eemmm.. nampak lazat nyer! berserta dgn tapai yg dibungkus dgn daun keladi tu..

kalau yg kerja dlm sektor 'oil & gas' mesti kenal brother ni.. beliau pernah datang bersama keluarga dan sempat menjamu selera di kasihabadi

berselera nampak..

aksi-aksi 'master chef' utk persediaan santapan tengahari.. menggunakan dapur kayu lebih 'uumph' berbanding dapur gas..

orang rumah sibuk melayan tetamu, jiran kami satu taman di kl, jeff dan keluarganya sempat 'mai' di kasih abadi.


sebahagian dari keluarga fendi 'alai'


'self service' lah..

anak2 ditempatkan khas di wakaf yg dah tersedia

yang paling seronok, lepas makan biasa nyer makan aiskrim malaysia. boleh didapati perisa asam, milo dan nanas. tokeynye biasalah pakcik nasir j.b.a.
raja kamal yg juge sampai ke kasihabadi, utk kenangan beliau telah menghadiahkan kami anak pokok 'geduak' (buah kerdas) dan menanam nyer di belakang rumah aku. harap tangan kau sejuklah raja, boleh aku dapat hasil nyer nanti..


musim buah..

  
musim buah yg pertama sejak di kasihabadi.. dapatlah merasa buah durian & langsat..

dgn bangga nyer..

musim buah yg kedua.. rezeki kali ini alhamdulilah semua jenis berbuah. ramai member2 opis datang

kasut 'pua chu kang' ni baru saje dibeli tu yg nampak bersih jer tu.. rambutan aku petik utk bekalan dlm perjalanan pulang member yg dtg ke kasih abadi.

rambutan gading ada 8 ke 10 pokok..

lunch dimusim buah.. nampak tak gulai masak lemak tu direct dari kuali beb..

hasil yg dah dapat dituai..

kawan kite raja kamal pakar panjat pokok langsat.. pokok langsat mepunyai cabang yg sangat tirus so kalau berkaki ayam alamat nyer tak sampai 10 minit turun balik.. tu sebab dia berkasut

fendi dan keluarga, petikkan terakhir sebelum berlepas pulang..

limau manis yg juge berbuah ranum kali ni, serangga buah juga menjadi musuh utama. ada jiran advise supaya buah tu di bungkus.. takper kali ni aku bagi peluang pada serangga2 tu..

sebahagian buah langsat yg belum aku turunkan..

kenangan keluarga.. bergambar didepan rumah sebelum pulang ke kl