Thursday 5 April 2012

minggu 14

bermula minggu ini aku akan postkan ativiti mengikut mingguan, so ini akan lebih tersusun lagi penceritaan berkenaan kasihabadi.

pandangan kasihabadi dari luar.. semenjak aku mengusahakan teratak ini, jiran2 mengambil langkah positif membersihkan kebun mereka. mereka kata mereka bersemangat bila melihat aku gigih mengusahakannya. 

nampak kemas selepas rumput di potong, pakcu kamaruddin dapat projek kali ini

kali ini ikan jelawat pulak dapat didaratkan, dengan menggunakan umpan resepi baru.. nak tahu mampirlah ke kasihabadi

part lepaskan mata pancing siapa lagi kalau tak aku.. kalau pakcik takder

selepas tu aku dan anak2 perasan yg di bahagian kanan kepala ikan tersebut seakan2 tulisan 'Allah' dlm tulisan jawi. 

sebelum berlepas pulang, pancing yg wife aku letakkan ditepi taliair dapat mendaratkan ikan haruan rezeki..

aaa... inilah musuh yg aku maksudkan sebelum ni.. tersesat di kasihabadi, pandai masuk tak tahu nak keluar. mulanya plan nak bunuh jer tapi tak 'kempang' (tak sampai hati), jiran cakap kalau jumpa mesti bunuh kalau tak, ternakkan (ayam/itek) habis dikejakan.

korang tengoklah ganas ke tak ganas mahluk ni.. kuku dia jer tajam macam mata pisau.. tu orang tua2 cakap jangan pikul biawak hidup2.

aktiviti lasak atv di belakang kasihabadi dalam kebun kelapa sawit semak samun dan berlopak.. kebetulan minggu ni danish balik dari asrama so aku ajak dia utk aksi extream.

mcm ada tak kena jer..

oleh kerana kurang 'warm-up' atv sangkut abis kali ni..

lopak yg terlalu dalam menyebabkan tayar berpusing di situ saje..

awang kenit 2 orang ni cuba beri bantuan tapi tak berjaya

 
takder cara lain.. terpaksa aku terlibat sama..

akhirnya berjaya diselamatkan.. korang nampak lastik di kepala aku tu gempakkan..! nak dapatkan 'mood' kampung boy..

part ni danish boleh di puji.. dia rajin memcuci atv selepas aktiviti menunggang

inilah julie.. mengeramkan telurnya kali kedua.. sama2 berdoa agar kali ini menetas semuanya..

keajaiban ciptaan Allah.. angsa akan duduk mengeram telurnya sehingga menetas tanpa bergerak kemana2 makan pun tidak..

 
 tak lengkap kalau takder citer pasal lulu.. aku cuba serahkan lulu kepangkuan keluarga nyer semula tapi seakan2 dia dipinggirkan mungkin tak berapa serasi lagi. tu yg nampak lulu jauh jer..

percubaan ke2 kami turunkan lulu bersama2 keluarga nyer ke kolam
  
satu pose istimewa.. aaa.. hampir terlupa nak citer.. ce.. citer ce.. citer, kaki kanan lulu cedera sebab  tersepit di celah2 lantai buluh di anggrek villa nyer.. mujur pakcu kamaruddin perasan. so lantai tu dah diperbaiki oleh pejaga teratak.











1 comment:

  1. salam 'alaik Long,
    menarik entry kali nie... eseh paling tertarik 3 perkaro.
    1-tulisan ALLAH kek kepalo ikan (Hebat ALLAH...!)
    2-lastik terselimpang kek kepalo kau (nostalgia nie...)
    3-kisah julie mengeram... terharu seh melihat pengorbanan seekor ibu...(walaupun takdo SPM hehee...)

    ReplyDelete